India Travel

Tip dan Tricks Menjadi Blogger Terbaik

Menjadi blogger terbaik

Sangat mudah untuk anda gelar diri anda seorang blogger, tetapi adakah antara blogger yang terbaik? Seorang blogger yang baik sentiasa memberi jawapan dan isi yang berfaedah kepada pembaca. Berikut adalah tip dan trik untuk anda menjadi blogger terbaik.

Content is the King!

Content is the King! Ya! Content blog anda adalah faktor paling penting bagi menjadi blogger. Siapa yang mahu baca content yang bosan dan tidak menarik? semua orang ingin membaca informasi yang menarik dan berguna kepada mereka. Pembaca akan lebih gemar untuk membaca sesuatu yang mereka percaya itu ialah maklumat yang betul lagi tepat dan yang boleh dipercayai. Anda harus melakukan pencarian dan belajar tentang apa yang perlu terlebih dahulu dan selepas itu cipta cerita anda di dalam blog anda. Contoh blogpost ini Teka Teki mempunyai 6,500 carian sebulan. Mengikut Keyword Planner.

Mempunyai Identiti

Contoh seorang blogger dari Malaysia Teguh Prasetyo mengguna nama beliau yang unik. Adakah anda mempunyai gaya tersendiri? Cari gaya anda sendiri dan terbaik adalah menjadi diri sendiri. Bagi untuk orang mengenali anda pasti nya anda harus mempunyai nama unik dan gaya tersendiri. Anda harus dapatkan nama anda supaya orang dapat mengenali anda dan nama ini yang mewakili diri anda.

Jika anda seorang yang kelakar, mungkin anda boleh letak gambar yang kelakar, seperti meme atau gif yang kelakar. Contoh nya seperti di bawah:

teka teki

Gambar & Video Menarik

Gambar dan video yang menarik amat penting dalam blog kita. Pembaca selalu nya akan lebih tertarik jika ada gambar atau video bagi memudahkan mereka faham dengan isi kandungan blogpost anda. Mereka akan lebih tertarik jika anda mempunyai gambar yang unik dan bukan nya dapat gambar itu dari orang lain atau google. Pastikan anda memasukkan gambar dan video anda sendiri untuk blog anda. Jangan sesekali mengambil gambar atau video orang lain.

Share Button ke media sosial di Setiap Blogpost

Media sosial merupakan satu platform carian baharu dan terkinin untuk pembaca mencari apa yang mereka mahu. Facebook, Twitter, Instagram adalah media sosial antara yang terbesar di dunia. Orang akan lebih gemar mencari sesuatu di media sosial. Sebab tu anda perlu manfaatkan media sosial. Anda harus mempunya share button ke media sosial supaya pembaca boleh share atau kongsi post anda kepada kawan dan rakan mereka di media sosial. Dengan itu, anda akan dapat lebih trafik dari media sosial.

Anda juga boleh lihat video di bawah ini

Scroll To Top