India Travel

Blogging tips – Tools hebat

Tools hebat untuk blogger hebat

Sebagai seorang blogger kita harus mengetahui mengenai tools yang kita harus guna dan harus ada untuk membantu kerja sebagai seorang blogger yang berjaya.

Link Rosak – Broken Link Checker

Tools untuk periksa link mati atau rosak akan bantu kita imbas dan kenalpasti blog kita untuk link yang rosak dan tunjuk kita cara untuk menghapuskan atau tukarkan yang link yang rosak itu kepada yang lain. Periksa blog anda untuk memastikan link mati atau rosak tiada adalah kewajiban dalam rutin anda, Ianya kerana pautan yang mati boleh memberi kesan buruk kepada pengalaman pengunjung dan kedudukan ranking kita di google.

Kata Kunci – Google Keyword Planner

Kata kunci atau keyword adalah penting untuk blog post anda boleh menjadi sangat hebat jika anda tahu mana satu kata kunci atau keyword yang terbaik untuk digunakan. Target utama kita ialah untuk dapat trafik ke blog kita tetapi tanpa tools dan cara betul akan menjadi lebih sukar. Google Keyword Planner akan tolong kita mencari kata kunci yang betul untuk kita tulis blog post kita. Seperti Teka Teki mempunyai 6,500 carian

Sebab nya ramai orang suka cari benda kelakar. HAHAHA!

teka teki

Pemantauan Trafik – Google analytic

Google Analytic adalah sebuah freemium tools untuk kita analisis data dan ianya akan menyediakan statistik dan alat analisis asas untuk pemasaran online. Ia nya ada tools yang digunakan di belakang sebuah website atau dipanggil backend. Ia harus di buat dengan menuliskan atau salin kod (Javascript) dan letak di backend website anda. Kita pasti mahu memantau blog kita dan mesti selalu cuba untuk meningkatkan kadar trafik ke blog kita, dengan itu, kita haruslah menambah dan menggunakan Google Analytic di backend blog anda.

Peniruan – Plagiarism Checker

Plagiarism bermaksud seseorang salin dan tiru (copy & paste) sebuah artikel daripada blogger lain dan membuatnya jadi artikel sendiri. Ia nya amat lah tidak beretika untuk seorang blogger dan akan mengundang bahaya kerana boleh di kenakan penalti oleh Google. Dengan menggunakan tools untuk periksa peniruan, anda boleh dengan mudah mengimbas post yang di publish oleh seorang pengarang itu untuk dapat tahu bahawa sebuah artikel itu adalah tulen atau ditiru (Plagiarized).

Tatabahasa – Grammar Checker

Kita boleh menggunakan tools yang sangat hebat dan terbaik dikenali sebagai GrammarCheck. Saya sangat sarankan nya. Tetapi ia tidak boleh didapati dalam bahasa Melayu. Jika tidak, kita harus sama ada bayar pakar untuk periksa post blog sebelum kita post untuk menyemak ralat tatabahasa (proof reader), atau  kita guna tools untuk memudahkan kerja kita dan ianya amat penting untuk pastikan kita menggunakan tatabahasa yang tepat dan betul kerana ia menunjukkan kualiti diri kita sebagai penulis dan blogger.

Kita ambil seorang Blogger Malaysia iaitu Teguh Prasetyo sebagai contoh. Sebuah blog menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu

Lihat video di bawah untuk penerangan mudah buat blog.

Scroll To Top