India Travel

Pakej Haji Dan Kelebihannya

KELEBIHAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI

Pakej Haji

Menjadi Tetamu di Rumah Allah

Dikenali sebagai ‘Rumah Allah’. Orang yang mengerjakan haji adalah merupakan tetamu istimewa Allah. Sesungguhnya Allah itu ada dimana mana. Ia dikatakan sebagai ‘Rumah Allah‘ kerana itu yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap tetamu mendapat layanan yang istimewa dari tuan rumah.

Kita akan Peroleh Tarbiah dari Allah SWT

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bahawa Allah SWT telah menjanjikan akan ‘Rumah’ ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang nescaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat.”

Sabda Nabi muhammad SAW lagi,

“Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga.”

Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahawa Ibadah Haji adalah ujian paling tinggi daripada SWT. Ini adalah disebabkan jumlah orang mengerjakan ibadah tersebut adalah terlalu ramai hingga menjangkaui jutaan orang pada satu masa.

Akan Dapat Kuatkan dan Tambah Iman

Haji akan menghimpunkan seluruh umat manusia Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri dari berbilang bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan.

Firman Allah SWT:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.” (Al-Hujurat 13) ” Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu.” (Ar-Rumm 22).

Ini akan juga dapat meluaskan pandangan dan fikiran anda mengenai kebenaran Islam dan Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan betul.

Kita akan Bersih Diri Dan Jiwa Dari Dosa

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.” (Bukhari Muslim)

Mengerjakan Haji mengikut Pakej Haji merupakan kesempatan bagi kita untuk bertaubat kepada Allah. Di Baitullah terdapat juga tempat-tempat yang paling mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Ibadah haji jika dikerjakan dengan sempurna dan tidak dicampuri dengan perlakuan keji. maka Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya sehingga ia suci bagai baru lahir ke dunia ini.

Belajar dan mengambil Iktibar Peristiwa Bersejarah

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Wahai sahabat-sahabatku itu laksana bintang-bintang dilangit, jika kamu mengikut sahabat-sahabatku niscaya kamu akan mendapat petunjuk.”

Diantaranya sejarah Nabi dan Rasul, para sahabat Rasulullah yang mengiringi mereka. Peristiwa tersebut boleh diambil iktibar dan pengajaran untuk membimbing hati dan jiwa seseorang.
Di antara peristiwa yang terjadi ialah:

  • Perjumpaan pertama kali Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa di Padang Arafah.
  • Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. telah mendirikan Kaabah.
  • Nabi Ibrahim telah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang di antara Bukit Safa dan Marwah.
  • Kisah perintah dan firman Allah SWT Nabi Ibrahim a.s. supaya menyembelih Nabi Ismail
  • Medan Badar dan Uhud sewajarnya mengingati seseorang kepada kesungguhan Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Allah.

Bayangan Padang Mahsyar

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah siapa yang paling taqwa.” (Al-Hujurat-13).

Perhimpunan di Padang Arafah menghilangkan status dan perbezaan taraf hidup manusia, tiada siapa kaya, hartawan, rakyat biasa, raja atau sebagainya.

Semua mereka sama dengan memakai pakaian seledang kain putih tanpa jahit.

Bagi orang yang belum mengerjakan haji tentunya belum pernah melihat dan mengikuti perhimpunan ratusan ribu dan juga jutaan umat manusia yang berkeadaan yang sama. Ianya dapat dirasai semasa mengerjakan haji.

Lihat Pakej Haji di sini http://www.alhadif.com/pakej-haji/

Scroll To Top